SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

 

Politeknik Metro Kuantan - Wikiwand

  


Kod & Nama Kursus: 

MPU21032 Penghayatan Etika Dan Peradaban

 

Nama Pensyarah: PUAN RINA FAKHIZAN BINTI MOHD SUKRI
Sesi: 1 2022/2023 (DUP1A)
Nama Ahli Kumpulan: 
 
 
 

DAYANA QISTINA BINTI LOKMAN

(29DUP22F1004)

SYARIFAH HUMAIDA WAFA BINTI SYED MOHD TALA’AT AFFANDI WAFA

(29DUP22F1022)

NURUL NATASYA FARHANA BINTI AHMAD SAIKIN

(29DUP22F1020)

NIK NUR NAQIYAH HAYANI BINTI NIK NOR AHMARIZAM

(29DUP22F1036)

ANEESA HANEEN BINTI AHMAD HUSSAINI

(29DUP22F1037)

 

 



  PENGENALAN

    Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masadan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-1, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung alam Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan orang asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. "tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.

 

   Malaysia merupakan sebuah negara mempunyai komposisi masyarakat yang majmuk dan melibatkan berpuluh-puluh etnik dan bangsa meliputi Malaysia timur dan Malaysia barat. Namun terdapat tiga bangsa yang bersifat majoriti di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Di Sarawak etnik yang paling ramai ialah etnik Iban yang mewakili 30 peratus dari keseluruhan etnik di Sarawak. Di Sabah pula etnik yang paling ramai ialah etnik Kadazan-Dusun yang terdiri 27 suku. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat cetakan 2007, masyarakat majmuk bermaksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum dan suku.

 

   Masyarakat majmuk merupakan mayarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum yang mempunyai kepercayaan, adat resam dan budaya yang tersendiri. Setiap kaum di negara Malaysia ini mempunyai latar belakang dan sejarah kemasukannya. Masyararakat majmuk dibahagikan mengikut garis-garis pemisah seperti ras, etnik, agama, ideologi, bahasa dan budaya. Menurut Kamus Dewan (2005), masyarakat majmuk ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan atur dan cara-cara tertentu. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Contohnya seperti pergaulan masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada bangasa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia yang berbilang kaum pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu adalah Melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, imigrasi kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan,pekerjaan dan pendidikan.

 

   J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.

 

   Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh tokoh-tokoh sosiologi yang terkemudian. M.2. Smith merupakan salah seorang yang telah memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.2. Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula,masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konfik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga memberikan sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk.Beliau membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik.

 

 

 Sejarah Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia

 

 
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN 
MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

 

   Masyarakat majmuk biasanya dikaitkan dengan rakyat Malaysia. Masyarakat majmuk merupakan mayarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum yang mempunyai kepercayaan, adat resam dan budaya yang tersendiri. Setiap kaum di negara Malaysia ini mempunyai latar belakang dan sejarah kemasukannya menurut Kamus Dewan (2005), masyarakat majmuk ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan atur dan cara- cara tertentu. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Contohnya seperti pergaulan masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India dan sebagainya. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia yang berbilang kaum pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu adalah Melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, imigrasi kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.Namun pada pertengahan abad ke-19, imigrasi kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan,pekerjaan dan pendidikan.

 

 Persatuan Orang Melayu by tegegasal on DeviantArt


ETNIK MELAYU 

    Etnik melayu berasal daripada berbagai-bagai keturunan,iaitu melayu proto, melayu purba atau melayu asli.Melayu Deutero(melayu Lama) dan Melayu Moden yang datang dari timur tengah,india,cina dan eropah.Mereka berhijrah ke kawasan Asia Tenggara dan berkemungkinan menjadi orang pertama di Tanah Melayu atau mungkin bercampur dengan penduduk tempatan sehingga menjadi orang jati di Asia Tenggara.

 

 Kaum Cina di Malaysia | Tsem Rinpoche

ETNIK CHINA

    Masyarakat Cina biasanya menetap di perbandaran. Kedatangan buruh dari Cina secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yang kebanyakkan mereka berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Fukien dan Kwangsi. Kebanyakan masyarakat Cina bekerja sebagai peniaga. Sesetengah kaum Cina bekerja sebagai pelombong semasa era penjajahan British. Kedatangan buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan dan pengambilan rumah kongsi. Sesetengah kaum Cina menganut agama Kristian namun kebanyakan kaum Cina menganut agama Buddha.   

 

 Kaum India di Malaysia | Tsem Rinpoche

ETNIK INDIA 

    Kebanyakan kaum India di Tanah Melayu tinggal di kawasan ladang atau estet. Kaum India mula memasuki Tanah Melayu sejak dari pembukaan Selat Melaka terutamanya sebagai pedagang kain dan peminjam wang. Pada akhir abad ke-19 dan pada awal abad ke-20, penjajah British mendapati India sebagai tempat mendapatkan buruh-buruh yang murah, patuh dan senang untuk dikawal. Dalam tahun 1880, Hugh Low dan Frederick Weld telah mendapatkan permit daripada kerajaan British untuk mengimport buruh-buruh dari India dan bekerja di ladang-ladang milik mereka di Tanah Melayu. Kaum India terbahagi kepada beberapa suku etnik diantaranya terdiri daripada Tamil, Telegu, Ceylon dan lain-lain. Kebanyakan mereka yang diambil bekerja di ladang-ladang adalah dari golongan Tamil.

 

13 Mei: Bagaimana kita harus mengingati titik hitam dalam sejarah Malaysia?  | Astro Awani 

 RUSUHAN KAUM PADA 13 MEI 1969

 

   Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka. Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan parti-parti yang ditunjangi oleh kaum Cina. Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP (kedua-dua parti ini ditunjangi oleh kaum Cina) telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

 

   Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969.  Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.  Parti Perikatan telah hilang majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan, DAP dan PPP (kesemua 3 parti tersebut dimonopoli oleh bangsa Cina) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

 

Peristiwa 13 Mei 1969 telah mencatatkan sejarah pahit Malaysia kerana rusuhan kaum selepas pilihan raya 1969. DAP dan gerakan telah mengadakan perarakan secara besar-besaran pada 11 dan 12 Mei setengahnya tanpa izin pihak polis. Perarakan ini merupakan perarakan jenazah yang dilakukan parti buruh pada 9 Mei terhadap seorang pemuda Cina yang terbunuh dalam pertempuran dengan pihak polis sebelum pilihanraya. Perarakan UMNO bersifat provokatif telah membakar semangat setiap kaum sehingga membawa kepada titik hitam sejarah negara. Angka rasmi bilangan mangsa tercedera seramai 493 orang. Peristiwa ini telah membuka mata banyak pihak. 

 

   Antara tindak balas yang diambil ialah :

  • penangkapan tokoh-tokoh.
  • mengenakan perintah berkurung
  • mengawal berita-berita radio dan televisyen
  • menapis penerbitan akhbar
  • mengaharamkan jurnal yang diterbitkan oleh parti-parti politik
  • mengharamkan kempen pilihan raya


Kesimpulannya, rakyat Malaysia perlulah saling hormat-menghormati dan bertoleransi sesama kaum sejagat. Hal ini untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dan mewujudkan kerjasama antara kaum ibarat aur dengan tebing.


Jawapan Ujian Lisan - Tajuk Perpaduan Kaum - Karangan Net


KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

   Negara ini mempunyai masyarakat majmuk dan telah wujud sejak  zaman pemerintahan British lagi. Pada tahun 31 Ogos 2015, dianggarkan penduduk di negara ini berjumlah 24,850,400 di mana orang warganegara beranggaran seramai 20, 196 600 dan 40, 53 800 orang bukan warganegara. Daripada jumlah warganegara, 13.48 juta orang terdiri daripada kaum bumiputera Melayu, 2.93 juta orang daripada bumiputera bukan Melayu,  6.22 juta orang daripada kaum Cina, 1.86 juta orang kaum India dan 318.9 ribu orang daripada kaum-kaum lain. Dalam kumpulan kaum bumiputera, orang Melayu dianggar berjumlah lebih daripada 10 233200 orang. Pada awal Tahun 2011, jumlah penduduk Malaysia mencapai 27 juta orang.


   Terdapat kesan perpaduan kaum dan integrasi nasional di Malaysia. Salah satu kesannya adalah keharmonian negara terjejas. Keharmonian negara terjejas bermaksud tidak ada kesepaduan di kalangan rakyat. Contohnya, rakyat tidak mempunyai matlamat yang serupa dan tidak dikongsikan bersama. ini boleh menyebabkan keamanan negara, integrasi di peringkat wilayah dan kaum hidup dalam harmoni, keadilan, kerjasama sesama masyarakat dan dedikasi masyarakat kepada negara tidak dipupuk serta disempurnakan dengan jaya. Seperti mana yang kita tahu bahawa semua masyarakat inginnya keamanan dan keharmonian namun sia-sia tanpa usaha daripada pihak pentadbiran negara untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional dalam negara.


   Kesan yang kedua ialah wujudnya masyarakat yang tidak bermoral, tidak bertolak ansur, tidak beretika, tidak kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan. Apabila tidak wujud perpaduan maka secara tidak langsung akan wujud masyarakat yang tidak bermoral dan bertolak ansur. Apabila wujud masyarakat seperti ini pergaduhan dan pertelingkahan di kalangan rakyat boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Hal ini tidak boleh dibiarkan kerana sekiranya tidak dibendung, ia boleh menyebabkan kematian akibat pergaduhan yang teruk. Masalah adalah etnik sangat sensitif sekiranya tidak dihadapi yang teliti.


    Kesan yang ketiga ialah dalam aspek sosial. Aspek sosial memang tidak dapat disangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi. Tanpa perpaduan komunikasi di antara rakyat tidak berlaku. Tanpa komunikasi antara rakyat masalah perpaduan sukar untuk dihadapi. Contohnya, sekiranya aspek sosialisme tidak wujud dalam negara akan wujud kelompok-kelompok kecil di mana kelompok-kelompok ini menunjukkan jurang di antara masyarakat dalam negara. Jurang antara masyarakat membawa simbol tidak perpaduan di dalam negara ini sekaligus menyebabkan negara-negara lain akan memandang rendah kerana tiada keamanan dalam negara. Kesimpulannya, konteks sosialisme adalah penting dalam negara.


Kepelbagaian dan Masalah Kemajmukan di Malaysia – Sumberkini

 

HALANGAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

 

    Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat Malaysia yang majmuk.

Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajumukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik, ekonomi dan sosial. Perbincangan mengenai tajuk ini dapat difahami jika kita melihat beberapa dasar Inggeris seperti huraian berikut:

 

DARI SEGI EKONOMI:

    Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas yang berlaku menyebabkan perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Oleh hal ini, pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak berlaku mendorong kepada wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh.

    Disebabkan hal ini maka keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh di perkenalkan dan berlakulah kemasukan buruh-buruh asing.Perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah seperti mana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di ladang-ladang.

    Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja.

 

DARI SEGI SOSIAL (PENDIDIKAN):

   Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris.    Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia.

   Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia.

   Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan    serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akademik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja.

   Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah.

   Pada zaman penjajahan,dasar pendidikan tidak menghasilkan keberkesanan yang positif, terutama untuk perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak kelemahan keranan British pada masa itu hanya mementingkan kepentingan ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja. Pihak Inggeris juga telah mewujudkan sekolah vernakular Melayu, vernakular Cina dan vernakular Tamil yang sudah pasti ianya telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina dan India dipisahkan mengikut sistem persekolahan dan hubungan antara mereka menjadi semakin renggang. Sekolah-sekolah vernakular ini mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap kaum atau etnik tersebut. Masalah untuk membentuk perpaduan menjadi bertambah rumit apabila pihak British tidak memainkan peranan dengan adil, terutama dari segi layanan yang setaraf kepada semua bangsa atau kaum.

 

DARI SEGI POLITIK:

 

1927-1932

Orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah  kepada pemerintah Inggeris. 

 

1874

Dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas.Tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing.Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti kontrak, dan bebas.

Halangan daripada segi politik timbul apabila sesetengah kaum tidak mahu menerima kepimpinan dari kaum lain yang mana pemimpinya sudah semestinya mempunyai corak kepimpinanya sendiri. Mereka hanya akan berburuk sangka dan sentiasa mencari salah agar dapat dijadikan bahan untuk menampakkan kepincangan kepimpinan. Setiap individu mempuyai pegangan dan prinsip mereka sendiri dan setiap parti dan pemimpin mempunyai agenda mereka sendiri.


KESIMPULAN

    Tuntasnya, pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu telah membawa kesan yang besar ke atas struktur kependudukan di Tanah Melayu. Kesan ketara ialah masalah ketidakseimbangan antara kaum berlaku dalam bidang ekonomi, sosial, budaya dan politik.

Sebagai rakyat Malysia saya berbangga dengan negara saya kerana di negara ini terdapat pelbagai kaum, pelbagai adat resam dan perayaan tradisi. Ianya menyebabkan keadaan negara menjadi aman dan harmoni sepanjang masa tanpa sebarang konflik yang besar. Ini kerana daripada perayaan inilah wujudnya rasa perpaduan dalam naluri dan nurani penduduk negara ini. Tegasnya negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum yang pada tanggapan masyarakat dunia sukar dipadukan dan menyerap sebarang perbezaan baik agama, budaya, bahasa dan adat kepercayaan.

Di samping itu,kita mestilah bersatu padu dan mengambil iktibar di atas apa yang rakyat negara kita telah tempuhi di masa yang lepas dan sama-sama kita menjaga apa sahaja yang kita kecapi masa kini dan kita perlu memahami dan mempelajari serta mengetahui hakikat kewujudan setiap kaum di negara ini dan bertolak ansur antara kaum demi perpaduan. Perpaduan ini amat penting bagi sesebuah negara untuk membentuk negara yang maju dan pesat membangun. Keamanan juga dapat dikekakan apabila semangat perpaduan diamalkan di Malaysia , Setiap Kaum perlu bersama-sama membangunkan negara pada masa ini dan masa akan datang bagi menjadikan peristiwa lalu sebagai pengajaran untuk membentuk negara bangsa Malaysia yang mantap.

 

 RUJUKAN:

  • https://sejarahpembentukanmasyarakatmajmuk.blogspot.com/?m=1
  • http://ohmypengajianadui.blogspot.com/?m=1
  • Buku Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia
  • http://pelajarpolitekniknilai.blogspot.com/2014/09/kronologi-pembentukan-masyarakat-majmuk.html?m=1
  • https://sejarahmasyarakatmajmuketikaperadaban.blogspot.com/?m=1
  • http://ansuez.blogspot.com/?m=1
  • https://pengajianmalaysiabab3dotblog.wordpress.com/



































































































































































































































Ulasan